Thursday, 20 September 2018

.: Terma dan Syarat Penginapan :.

Polisi

Peraturan Penginapan

✅ Deposit tempahan: RM100.00 (minimum) atau 50% jika melebihi satu mala.
✅ Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum kunci diserah pada hari mula menginap.
✅ Tambahan / lanjutan tempoh menginap adalah tertakluk kepada kekosongan.

✅ Pemberitahuan pembatalan / penundaan adalah tidak kurang (7) hari dari tarikh mula menginap untuk deposit dikembalikan.
✅  Selesa untuk tujuh (7) hingga sepuluh (10) orang termasuk kanak - kanak.
✅Penyewa perlu bertanggungjwab sepenuhnya atas sebarang kerosakan dan keselamatan teradap barangan dan/atau homestay.
✅ Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tingkahlaku penyewa lain yang tinggal bersama.
✅ Penyewa bertanggungjawab memastikan homestay berada di dalam keadaan yang memuaskan sebelum check-out. Sampah hendahlah dimasukkan ke dalam tong sampah dan tidak membiarkan keadaan homestay kotor / berselerak. 
✅ Barang-barang dan kemudahan di dalam homestay tidak dibenarkan di bawa keluar tanpa kebenaran pemilik. Laporan kecurian akan dibuat sekiranya ini berlaku sebarang kehilangan.
✅  Kerosakan yang berlaku tanpa disengajakan perlulah dilaporkan dengan segera.
✅Keharmonian kejiranan amat dititikberat. Oleh itu penyewa sama sekali tidakk dibenarkan melakukan sebarang aktiviti atau tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman jiran. Sekiranya aduan diterima, pemilik berhak untuk menamatkan penyewaan dan mengarahkan penyewa untuk keluar serta merta. 
✅ Sila pastikan suis dan peralatan elektrik dimatikan apabila meninggalkan homestay. 
✅ Sila ambil perhatian atas faktor keselamatan. Homestay hendaklah dikunci rapi (padlock) jika ditinggalkan.

⛔ Tidak dibenarkan membawa masuk makanan / minuman tidak halal ke dalam homestay. 
⛔ Pasangan yang bukan muhrim tidak dibenarkan tinggal bersama tanpa kehadiran mahram.
⛔ Tidak sesuai untuk haiwan kesayangan.
⛔ Parti dan acara yang tidak dimaklumkan awal adalah dilarang.
⛔Dilarang merokok. Sila merokok di luar kawasan rumah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dan juga keselesaan tetamu lain.

Syarat dan peraturan mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila pastikan anda membaca dan memahami terlebih dahulu syarat dan peraturan di atas sebelum menyewa. Terima kasih atas kerjasama anda.



No comments:

Post a Comment